Flink

Pemasangan Cermin Gelap Yang Dibenarkan oleh JPJ Malaysia

PEMASANGAN CERMIN GELAP YANG DIBENARKAN OLEH JPJ MALAYSIA


 Di setiap kali kita mendapat kereta baru ataupun kereta sewa baru,perkara yang menjadi perhatian anak mata kita adalah lebih kearah cermin kereta sama ada yang depan ataupun sisi jika dibaluti tinted bagi faktor keselesaan dan sedikit privasi kepada mereka berada dalam kereta.Keadaan cuaca Malaysia juga memainkan peranan kepentingan penggunaan cermin gelap kerana ia menghalang kepanasan dan memantulkan haba dari luar jika menggunakan tinted cermin yang berkualiti. 

Artikel ini ditulis dari pihak Kereta Sewa Murah "KLEZCAR" untuk menerangkan syarat-syarat penebusan cahaya kereta mengikut garis panduan yang telah ditetapkan JPJ Malaysia  bagi cermin kereta tidak kira sama ada kereta ekonomi ataupun mewah.Biasanya  jika kita ke kedai tinted kereta dan mencari tinted kereta murah,penjual kebanyakkan akan mengatakan semua yang dijual lepas JPJ jika ditahan semasa road blok,siap mengatakan akan free buka semula jika disaman oleh oleh JPJ.Penjual hanya memikirkan keuntungan semata-mata sehingga apa yang dikata oleh mereka adalah tidak benar. 
            
Tetapi tahukah kita apabila kita memasang cermin gelap yang tidak mendapat kelulusan JPJ  dan jika nasib kita tidak baik disaman,yang perlu membayar saman tersebut adalah kita sendiri??,Masa juga perlu dihabiskan yang mana perlu ke kedai tinted bagi membuka semula sebelum pemeriksaan semula di pejabat JPJ yang berdekatan.Ini boleh memakan masa antara 2 jam hingga 6 jam hanya hendak menyelesaikan masalah saman saja.Adakah ia berbaloi untuk kita?,Semestinya  tidak berbaloi.


Apa yang perlu kita lakukan agar ia tidak terjadi kepada kita?? Jawapannya mudah saja iaitu hanya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh JPJ jika ingin memasang cermin gelap ataupun tidak memasang terus.Peratusan penebusan yang dibenarkan oleh JPJ adalah 70% bagi cermin depan50% bagi cermin sisi depan dan cermin-cermin lain adalah 30% sahaja.Semua ini dapat dilihat di website JPJ bagi lebih pencerahan tentang penebusan cahaya ke dalam kereta.Yang mana memasang cermin gelap tanpa mengikut spesifik yang telah ditetapkan JPJ,bersiap sedia menerima saman JPJ jika terdapat road blok di tengah jalan.HAHAHA.


Mungkin ada yang tertanya-tanya berapa nilai saman perlu dibayar jika disaman JPJ apabila tidak mengikuti apa yang ditetapkan.Antaranya:

  1. Pada kesalahan pertama kali pemandu akan dikenakan denda             RM 300.00 atau penjara tidak melebihi 2 minggu.

   2.Bagi kesalahan kedua dan berikutnya,denda sebanyak RM                1000.00 atau penjara tidak melebihi satu bulan atau kedua-dua         sekali.

Di sini kita dapat lihat perleburan duit poket hanya untuk membayar saman JPJ sahaja,seterusnya menunjukkan ia perlaburan yang merugikan wang dan masa kita.Lainlah jika kita seorang jutawan yang ada duit tidak tahu nak guna buat apa.


Kereta Sewa Murah Klezcar melepasi semua syarat yang ditetapkan oleh JPJ Malaysia keatas semua kereta dibawah jagaan syarikat.Kepuasan penyewa ketika mendapat kereta adalah dititik beratkan yang mana penyewa menjadi penilaian sendiri semasa penyerahan kunci dilakukan.Ia termasuk bersih luar dan dalam,wangi serta servis terjaga diatas setiap kereta sewa.Sewaan percuma akan diberikan sehari jika tiada apa yang dinyatakan diatas.

Wauuu...hebatkan jaminan yang diberikan kepada setiap penyewa Klezcar.Jangan teragak-agak untuk mencuba kereta sewa Klezcar yang sedang berkembang pesat di Malaysia